24,531 isi kandungan negatif dihapuskan - Utusan Malaysia

24,531 isi kandungan negatif dihapuskan

ISI kandungan negatif di internet berkaitan vaksin antara yang dihapus dan dipadamkan oleh Kementerian Komunikasi dan Maklumat sepanjang tahun ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Komunikasi dan Maklumat bertindak memadam dan menghapuskan 24,531 isi kandungan negatif di internet sejak awal tahun ini.

Menterinya, Johnny G Plate berkata, isi kandungan negatif itu terdiri daripada kes-kes pornografi, keganasan sehingga berita-berita palsu berkaitan Covid-19 mahupun vaksin.

“Daripada jumlah itu, seba­nyak 214 kes berkaitan isi kan­dungan pornografi kanak-kanak, 22,103 isi kandungan terkait keganasan, 1,895 isi kandungan berita palsu Co­vid-19 serta 319 isi kandungan berkaitan maklumat palsu mengenai vaksin,” katanya se­perti dilaporkan Republika.

Beliau memberitahu, tindakan memadam dan menghapuskan isi kandungan negatif di internet merupakan salah satu pendekatan yang dilakukan kerajaan dalam menangkis penyebarannya di platform tersebut.

Jelasnya, ini dilakukan untuk mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan melindungi semua pihak daripada kandungan dalam talian yang berbahaya dan negatif.

Beliau berkata, ada tiga pendekatan digunakan dalam menangani isi kandungan negatif di internet, iaitu peringkat awal, pertengahan dan susulan.

“Pada tingkat awal, kementerian bekerjasama dengan pemimpin komuniti, akademik, institusi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyediakan literasi digital.

“Ini dilakukan dengan mendidik masyarakat menyebarkan maklumat yang tepat dan positif untuk menghentikan penyebaran kandungan negatif seperti penipuan dan maklumat palsu,” katanya.

Sementara itu jelasnya, di peringkat pertengahan, kementerian mengambil langkah pencegahan untuk menghapus akses ke kandungan negatif yang dimuat naik ke laman web atau platform digital.

Katanya, ini dilakukan de­ngan membuang kandungan negatif.

Di peringkat susulan pula, tambahnya, kementerian be­kerjasama dengan polis untuk mengambil tindakan yang tepat mencegah penyebaran maklumat palsu dan menyesatkan di ruang digital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN