12.2 triliun rupiah perkuat kawalan perairan Natuna - Utusan Malaysia

12.2 triliun rupiah perkuat kawalan perairan Natuna

JOKO Widodo mahu keselamatan di Natuna ditingkatkan susulan laporan perairan itu diceroboh kapal asing. – ANTARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berkata, kerajaan memperuntukkan 12.2 triliun rupiah (RM3.5 bilion) untuk menguatkan kawalan keselamatan maritim di Natuna.

CNN Indonesia melaporkan, langkah itu berdasarkan Peraturan Pre­siden Nombor 85 Tahun 2021 mengenai Rencana Kerja Pemerintah Tahun 2022.

Dokumen itu menyebut salah satu usaha tersebut adalah meletakkan beberapa aset termasuk dron selain me­ngukuhkan kemudahan ketenteraan di pulau-pulau strategik.

“Projek utama mengukuhkan ke­selamatan maritim di Natuna diharap dapat meningkatkan pencegahan dan menegakkan kedaulatan di perairan itu selain menurunkan jenayah rompak dan keganasan.

“Projek itu dibiayai dari Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara (APBN) dengan indikator pembiayaan selama lima tahun berjumlah 12.2 triliun rupiah,” jelas dokumen itu yang dipetik dari Keputusan Presiden Nombor 85 Tahun 2021.

Menurut kerajaan, anggaran itu digunakan untuk melengkapkan peralatan utama sistem persenjataan Angkatan Laut Indonesia di Natuna selain Badan Keamanan Laut (Bakamla).

Kerajaan menyenaraikan beberapa alasan untuk memperkuat keamanan di Natuna seperti peningkatan ancaman dan kelemahan sistem keselamatan navigasi.

Bakamla memberitahu, terdapat ratusan kapal China dan Vietnam di sempadan Natuna tetapi kedudukan mereka gagal dikesan oleh radar.

Bakamla mengalami kekura­ngan sumber untuk menjamin kedaulatan di perairan seperti tidak memiliki armada udara bagi menjaga perbatasan.

“Kita juga kehabisan bahan bakar. Kapal kita siap untuk meronda tetapi tiada bahan bakar,” jelas Setiausaha Utama Bakamla, S. Irawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN