1.3 juta maklumat peribadi, status kesihatan Covid-19 bocor? - Utusan Malaysia

1.3 juta maklumat peribadi, status kesihatan Covid-19 bocor?

PETUGAS perubatan memeriksa pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin kendiri di rumah di Bandung, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia sedang menyiasat kemungkinan kelemahan keselamatan dalam aplikasi uji dan kesan Covid-19 yang mendedahkan maklumat peribadi serta status kesihatan 1.3 juta orang, kata seorang pegawai Kementerian Kesihatan.

Berita Mediacorp yang memetik Reuters melaporkan, pengkaji dari penyedia ‘encryption’ vpnMentor menyatakan maklumat peribadi dalam aplikasi Indonesia Health Alert Card (eHAC), yang sering diperlukan untuk digunakan oleh pelawat, dapat diakses ‘kerana kurangnya protokol yang dilaksanakan oleh pembangun aplikasi’.

Anas Ma’ruf, seorang pegawai Kementerian Kesihatan yang menyelia data berkata, pemerintah sedang menyiasat kemungkinan pembocoran tersebut.

Namun beliau menambah, kelemahan berpotensi itu ada pada versi aplikasi sebelumnya, yang tidak digunakan lagi sejak Julai lalu.

“eHAC dari versi lama berbeza dengan sistem eHAC yang merupakan sebahagian daripada aplikasi baru. Sekarang, kami sedang menyiasat,” katanya.

Sistem eHAC sekarang adalah sebahagian daripada aplikasi Peduli Lindungi, yang dipromosikan pemerintah untuk pelbagai tujuan pengesanan, termasuk untuk kemasukan ke pusat beli-belah.

Anas menggesa orang ramai supaya memadamkan aplikasi lama sambil menambah pembocoran itu mungkin berasal dari rakan kongsi, tanpa mengulas lanjut.

Beliau berkata, sistem eHAC yang ada sekarang dikendalikan oleh pemerintah dan keselamatannya terjamin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya