Wanita dikatakan miliki wajah seiras Jokowi - Utusan Malaysia

Wanita dikatakan miliki wajah seiras Jokowi

WAJAH Ani Fina dikatakan seiras dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAKASSAR: Seorang wanita warga emas menjadi tular dalam media sosial selepas wajahnya dikatakan mirip dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

Lapor Suara.com, wanita yang dikenali sebagai Ani Fina, 51 tahun itu memaklumkan dia berasal dari Jeneponto, Sulawesi Selatan sebelum merantau ke Makassar selepas suaminya meninggal dunia.

Jelas wanita itu, dia bekerja sebagai pemilih kacang hijau di Jeneponto sebelum berhijrah ke Makassar.

“Di sini, saya melakukan pelbagai kerja termasuk membantu peniaga menjual barangan jualan mereka,” katanya.

Wajah Ani yang dikatakan ada iras Jokowi mula disedari oleh seorang ustaz yang dikenali sebagai Amri Amir atau lebih mesra dipanggil ustaz Delon.

Jelas Delon, dia baru perasan wajah Ani mirip Jokowi beberapa hari lalu selepas wanita itu menyertai satu acara sukaneka di tempat tinggal mereka.

“Ani tinggal bersama keluarga saya sejak di datang ke Makassar, sudah lima tahun dia tinggal dengan kami, namun baru beberapa hari lepas kami perasan wajahnya mirip Jokowi.

“Saya merakam gambar Ani serta menunjukkan kepada rakan-rakan dan mereka juga bersetuju mengatakan wajahnya ada iras Jokowi,” katanya.

Gambar dan video Ani mula tular dalam media sosial dengan kebanyakan warganet bersetuju menyatakan wajahnya sama dengan Jokowi.

Mereka mendakwa, kerutan pada dahi, hidung dan mulutnya sama dengan Jokowi.

Sementara itu, Ani tidak menyangka banyak pihak menyamakan wajahnya dengan pemimpin nombor satu Indonesia.

“Disebabkan ramai yang cakap muka saya sama dengan Jokowi, saya juga teringin bertemu dengan beliau, semoga ada rezeki nanti,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya