Victoria lapor 76 kes baharu Covid-19 - Utusan Malaysia

Victoria lapor 76 kes baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Victoria, negeri kedua paling padat penduduk di Australia melaporkan sebanyak 76 kes tempatan Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Perkara itu diumumkan oleh pegawai kesihatan negara itu.

Jumlah kes itu menunjukkan peningkatan sedikit berbanding 73 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan sehari sebelumnya.

Menurut Jabatan Kesihatan Victoria, sebanyak 45 kes baharu Covid-19 dikaitkan dengan kes dan wabak yang diketahui.

Setakat ini, kira-kira 50,848 ujian saringan Covid-19 telah dilaksanakan dan sebanyak 32,162 dos vaksin diberikan di Victoria. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN