Tidak mustahil England jalani perintah berkurung sekali lagi - Utusan Malaysia

Tidak mustahil England jalani perintah berkurung sekali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: England berkemungkinan menjalani perintah berkurung sekali lagi dan barisan kepemimpinan negara ini perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Lapor Mirror, pakar penyakit berjangkit, Mark Woolhouse menggesa kerajaan supaya mengekalkan sekatan sedia ada bagi mengelak perintah berkurung dilaksanakan sekali lagi.

Amaran itu dinyatakan selepas hampir tiga minggu England bebas daripada semua sekatan Covid-19 sejak 19 Julai lalu.

Ketika ini, kes jangkitan baharu direkodkan sebanyak 20,000 sehari dalam tempoh sejak dua minggu lalu.

“Kerajaan perlu sentiasa ‘membuka pintu’ untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya keadaan kembali serius.

“Varian Covid-19 sering bermutasi dan kita tidak boleh jangka bagaimana tahap varian yang seterusnya,” katanya.

Selain itu, Woolhouse juga berharap negara ini tidak ‘berpatah balik’ seperti sebelum ini yang jelas menjejaskan pelbagai pihak.

Namun, katanya, keadaan itu tidak mustahil memandangkan Covid-19 tidak boleh dijangka.

“Saya berharap kita perlu berpatah balik terlalu jauh kerana kita tidak mahu lagi menempuh fasa yang meletihkan dan menjejaskan semua pihak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Malaysia sedia ‘perangkap’ Pakistan Oleh ROZAIDI ZULKIFLI [email protected] IPOH: Pembantu jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Azrul Effendy Bistamam mengingatkan pemain-pemain, tidak perlu berasa gentar untuk turun pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 menentang Pakistan di Stadium Azlan Shah, hari ini. Jelasnya, jika dibandingkan daripada segi persediaan pasukan, Malaysia lebih baik berbanding Pakistan bagi mengharungi kejohanan ini. “Jika daripada segi persediaan, kita berkali lebih baik daripada Pakistan yang berlatih dalam tempoh singkat berbanding kita yang bermula 19 Mac lalu dan bagi saya untuk mencatat kemenangan menentang Pakistan sebenarnya bukan satu masalah. “Paling penting pemain sendiri kena bermain dengan penuh keyakinan dan mengikut segala taktikal yang direncana oleh barisan jurulatih pada aksi esok (hari ini),” katanya kepada Utusan Malaysia semalam. Untuk rekod, pertemuan terakhir Speedy Tigers menentang Pakistan di pentas PSAS 2022 adalah pada November 2022 yang berakhir dengan keputusan 1-1 dan edisi ke-29 itu juga menyaksikan Malaysia muncul juara buat kali pertama selepas 39 tahun di kejohanan berkenaan. Ketika ditanya mengenai keharmonian dalam pasukan, Azrul menyifatkan semuanya tampak baik antara pemain junior mahupun senior. “Saya lihat apabila ke mana-mana semua sekali, dan tiada jurang besar antara pemain senior dan junior. “Keharmonian pasukan semua baik dan semua sudah bersedia untuk turun beraksi pada perlawanan esok (hari ini,” jelasnya. Selepas menentang Pakistan, skuad hoki negara yang berada di ranking ke-13 dunia akan menentang Kanada (5 Mei), juara dua kali New Zealand (7 Mei), Jepun (8 Mei) dan juara tiga kali Korea Selatan (10 Mei).

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya