Terkejut lihat ular sawa muncul dalam rak makanan - Utusan Malaysia

Terkejut lihat ular sawa muncul dalam rak makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Sebuah pasar raya di bandar ini menjadi gempar apabila seekor ular sawa berada di sebuah rak makanan dengan kepalanya menghulur keluar.

Lapor BBC, kejadian itu disedari oleh seorang pengunjung, Helaina Alati, 25, apabila ular sepanjang tiga meter itu menjelirkan lidahnya keluar.

Kebetulan Alati adalah seorang penyelamat haiwan liar dan sudah biasa berhadapan dengan ular.

“Saya toleh ke belakang dan ular itu berada dalam jarak 20 sentimeter daripada muka dan memandang ke arah saya.

“Ular itu seolah-olah ingin berkata supaya membawanya keluar dari kawasan itu,” katanya.

Alati mendapati ular itu tidak berbisa dan selepas merakam kejadian itu, dia memaklumkan kepada staf dan menawarkan bantuan kepada pihak pasar raya membawa keluar ular itu.

Dia kemudian bergegas mengambil beg guni dari rumahnya dan datang semula ke pasar raya itu.

Selepas mengetuk ular itu daripada bahagian ekor, haiwan itu terus memasuki beg guni tersebut.

Wanita itu melepaskan ular tersebut di kawasan habitat semula jadi bagi spesies itu di sekitar Sydney.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.