Sultan Brunei utus perutusan tahniah kemerdekaan Malaysia - Utusan Malaysia

Sultan Brunei utus perutusan tahniah kemerdekaan Malaysia

SULTAN HASSANAL BOLKIAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan mengutus titah perutusan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-64.

Pelita Brunei melaporkan, titah perutusan tahniah juga diperkenankan baginda diutus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta kerajaan dan rakyat Malaysia.

Hari ini Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-64 dalam suasana sederhana ekoran penularan Covid-19 yang masih mencatatkan kes tinggi

Seperti tahun lalu, sambutan kali ini diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya dalam suasana kawalan ketat dan norma baharu tanpa penonton bagi mengelakkan kesesakan.

Mengekalkan tema sama tahun lepas, Malaysia Prihatin, sambutan kali ini berbeza apabila menyaksikan perubahan kepemimpinan negara kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Orang ramai boleh menyaksikan secara langsung melalui semua stesen penyiar tempatan mulai pukul 8 pagi selain akaun sosial Facebook kementerian dan Jabatan Penerangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.