Singapura jatuh ke tangga ketiga indeks negara paling selamat di dunia - Utusan Malaysia

Singapura jatuh ke tangga ketiga indeks negara paling selamat di dunia

KEDUDUKAN Singapura jatuh ke tangga tiga indeks negara paling selamat di dunia. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Tokyo dan Singapura hilang kedudukan masing-masing di tempat pertama dan kedua dalam indeks negara paling selamat di dunia.

Berita Mediacorp melaporkan, Copenhagen dan Toronto sebaliknya mengambil alih tempat kedua-dua bandar itu selepas keselamatan sekitaran disertakan sebagai salah satu kriteria dalam menilai negara paling selamat.

Selain itu, Covid-19 turut memaksa panel memikirkan semula erti negara yang selamat.

Singapura secara konsisten menduduki tempat kedua dalam indeks yang dikeluarkan oleh Unit Pengumpulan Maklumat Economist (EIU) setiap dua tahun sejak edisi pertama diterbitkan pada 2015.

Edisi keempat Indeks Negara Selamat dikeluarkan semalam.

Empat kriteria lain yang digunakan untuk menentukan kedudukan 60 bandar adalah keselamatan digital, keselamatan kesihatan, keselamatan prasarana dan keselamatan diri.

Singapura menduduki tangga kedua bagi keselamatan digital, keselamatan kesihatan dan keselamatan prasarana tetapi berada di tempat ke-13 bagi keselamatan diri dan ke-37 untuk keselamatan sekitaran.

10 bandar terbaik pada 2021 adalah seperti berikut:

1. Copenhagen
2. Toronto
3. Singapura
4. Sydney
5. Tokyo
6. Amsterdam
7. Wellington
8. Hong Kong
9. Melbourne
10. Stockholm

Para pengkaji berkata, Covid-19 memberi ‘peringatan jelas tentang betapa pentingnya pendekatan lebih menyeluruh’ dalam cara pihak berkuasa bandar-bandar berkhidmat kepada penduduk masing-masing. Misalnya, penularan terbesar Covid-19 di Singapura adalah dalam kalangan pekerja asing.

Singapura juga berdepan dengan penipuan-penipuan online yang semakin berleluasa sewaktu pandemik, menurut laporan itu. Kadar jenayah merosot sebanyak 16 peratus tanpa mengambil kira penipuan tetapi apabila ia turut disertakan, kadar jenayah secara keseluruhannya naik 6 peratus.

Bagi keselamatan diri pula, Singapura khususnya telah dapat menggabungkan ‘paras kes yang rendah dengan prestasi cemerlang di lapangan terutamanya bagi kapasiti sistem kehakiman dan kadar jenayah’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN