Rakyat Palestin ditikam bertubi-tubi oleh Israel - Utusan Malaysia

Rakyat Palestin ditikam bertubi-tubi oleh Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Penduduk Israel bertindak kejam apabila menikam seorang pekerja Palestin sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius, malam tadi.

Media Israel melaporkan, kumpulan militan Israel menyerang mangsa dan menikam seluruh badannya sehingga menyebabkan mangsa terpaksa dibawa ke Pusat Perubatan Shaare Zedek.

Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan serius dan paramedik yang berada di lokasi kejadian memaklumkan lelaki itu sedar dan menderita akibat beberapa kesan tikaman.

Kumpulan ektremis itu dilihat sengaja mencari gaduh dan menyerang penduduk tempatan.

“Mangsa hanya duduk sebentar selepas habis waktu bekerja. Namun, mereka menikam seluruh badannya. Lelaki itu cuba melarikan diri sebelum dia jatuh pengsan,” lapor Walla.

Situasi di Tebing Barat bertambah buruk dengan penduduk Israel berlagak menjadi gangster dengan menyerang penduduk Palestin serta memusnahkan harta benda mereka.

Sehingga kini, terdapat 700,000 penduduk haram yang tinggal di Tebing Barat yang dijajah Israel sekali gus mencabul undang-undang antarabangsa berdasarkan Konvensyen Geneva Keempat. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya