Rakyat Australia enggan terima vaksin dihalang ke pejabat - Utusan Malaysia

Rakyat Australia enggan terima vaksin dihalang ke pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Rakyat Australia yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 akan dihalang mengunjungi mana-mana tempat kerja serta tempat awam seperti pub dan kafeteria.

Pekerja di pusat penjagaan warga emas dan mana-mana individu di pusat kuarantin diarahkan mengambil suntikan vaksin sehingga September depan selepas beberapa jangkitan berlaku dalam pekerja yang belum divaksin.

Langkah itu juga akan diwajibkan kepada industri berisiko tinggi serta syarikat lain sebagai syarat bekerja.

Pihak berkuasa akan mengarahkan mana-mana individu yang belum menerima suntikan vaksin memakai pelitup muka serta mematuhi semua prosedur kawalan pencegahan wabak seperti penjarakan fizikal.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengubah pendirian mengenai kewajipan vaksin kepada semua pekerja di pusat jagaan warga emas, 28 Jun lalu.

Kabinet turut mempertimbangkan polisi sama bagi pekerja di pusat jagaan orang kurang upaya.

“Arahan mengenai keperluan menerima vaksin atau tidak boleh datang bekerja di sektor tertentu merupakan perkara yang akan dilihat secara teliti oleh kerajaan,” ujarnya

Timbalan Perdana Menteri Australia, Barnaby Joyce turut menegaskan sektor perniagaan perlu mempunyai kuasa untuk tidak menerima pekerja yang tidak divaksin.

Katanya kepada SkyNews, vaksin akan memberikan lebih kebebasan kepada pemilik perniagaan kerana melindungi mereka daripada Covid-19.

Google dan Facebook sudah mengarahkan semua pekerjanya mengambil suntikan vaksin semasa bekerja di pejabat.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pula mengumumkan penjawat awam dalam sektor penguatkuasaaan undang-undang sehingga perkhidmatan pos perlu mengisi borang pengisytiharan sudah divaksin. -AGENSI

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.