Raih pendapatan RM1.2 juta sebulan jual botol minuman - Utusan Malaysia

Raih pendapatan RM1.2 juta sebulan jual botol minuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Siapa sangka dengan hanya menjual botol minuman mampu meraih pendapatan yang begitu lumayan seperti dua sahabat baik yang menjana pendapatan sebanyak AS$300,000 (RM1.2 juta) sebulan.

Lapor Daily Mail, Jesse Leeworthy dan Jonathan Byrt, yang berasal dari bandar Melbourne merupakan pengasas di sebalik jenama Memobottle yang memperkenalkan botol minuman boleh diguna pakai semula dan berbentuk leper.

Perniagaan mereka bermula pada 2014 semasa baru berusia 27 tahun dan masih belajar di universiti.

Idea menghasilkan botol itu bermula apabila mereka berdua berasa kecewa melihat lambakan botol plastik yang dibuang begitu sahaja.

“Kami kecewa melihat botol minuman yang hanya digunakan sekali dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar.

“Daripada segi bentuk botol itu, kami mula memikirkan tentang segala bentuk yang disimpan di dalam beg berbentuk leper dan bukannya bulat seperti beg dan komputer riba. Sebab itu, tidak logik dan praktikal untuk menghasilkan botol dengan saiz bulat,” kata Byrt.

Selepas tujuh tahun, dua rakan kongsi perniagaan itu mampu menjual 20,000 botol air sebulan dan baru-baru ini, mereka meraikan kejayaan menjual 500,000 botol tersebut.

Sehingga kini, mereka sudah mempunyai 1,000 cawangan Memobottle di seluruh dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN