Presiden Afghanistan yang digulingkan nafi larikan diri - Utusan Malaysia

Presiden Afghanistan yang digulingkan nafi larikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI: Presiden Afghanistan yang digulingkan, Asheaf Ghani semalam menyatakan dia menyokong rundingan dilakukan antara Taliban dengan bekas pegawai kerajaan terdahulu.

Ashraf juga menolak tuduhan yang mendakwa beliau memindahkan sejumlah wang ke luar negara sebelum melarikan diri ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ashraf yang pertama kali bersuara selepas Taliban menguasai Afghanistan  berulang kali menegaskan tindakannya melarikan diri adalah bagi mengelakkan pertumpahan darah yang lebih teruk.

Ashraf menerusi rakaman audio yang disiarkan dalam akaun Facebooknya memberitahu, beliau tidak mempunyai niat untuk terus berada di UAE dan merancang untuk pulang semula ke Afghanistan.

“Ketika ini, saya berada di UAE supaya pertumpahan darah dan pergolakan dapat dihentikan segera.

“Saya menyokong kuat perbincangan antara Taliban dengan bekas pegawai kerajaan terdahulu. Saya benar-benar mahu proses ini berjaya,” katanya.

Ashraf juga memberitahu, beliau kini ‘diletakkan di bawah perundangan hak asasi manusia’ oleh pihak berkuasa UAE.

Sementara itu, Ashraf menolak dakwaan menyatakan dia ‘menjual Afghanistan’ dengan melarikan diri.

Tegas beliau, dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN