KABUL: Seramai 73 orang terbunuh melibatkan 60 orang awam termasuk 13 tentera Amerika Syarikat (AS) dalam dua serangan pengebom berani mati di Lapangan Terbang Kabul.
Rakaman video oleh wartawan Afghanistan menunjukkan puluhan mayat bertebaran di sekitar kawasan pinggir lapangan terbang itu.
Militan IS yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu berkata, serangan pengebom berani mati itu menyasarkan penterjemah dan individu yang bekerjasama dengan tentera AS.
Kematian melibatkan tentera AS itu dipercayai melibatkan antara paling ramai anggota negara itu yang terkorban di Afghanistan sejak serangan tembakan ke arah helikopter yang mengorbankan 30 tentera negara itu, Ogos 2011.
Serangan mengejutkan itu berlaku ketika tentera AS berusaha keras membantu pemindahan penduduk keluar dari Afghanistan.
Presiden AS, Joe Biden bersumpah akan mencari pelaku serangan itu dan mengarahkan Pentagon merancang untuk melakukan serangan balas terhadap kumpulan ISIS.
Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NAT0), Jen Stoltenberg berkata, anggota tentera perlu terus melakukan usaha pemindahan melibatkan orang ramai sebanyak mungkin dari Kabul walaupun berlaku serangan pengganas yang mengerikan.
“Keutamaan kami masih kekal memindahkan seramai mungkin orang ramai ke tempat selamat dengan segera,” katanya.-REUTERS