KUTUPALONG: Bangladesh mula memberikan suntikan vaksin kepada pelarian Rohingya yang tinggal dalam kem yang sesak di negara itu.
Pegawai kesihatan memaklumkan sebanyak 2,600 kes Covid-19 dan 29 kematian direkodkan di dalam kem yang menempatkan 850,000 etnik Rohingya.
Fasa vaksinasi akan menyaksikan 48,000 pelarian berumur lebih 55 tahun akan diberikan suntikan vaksin Sinopharm dalam tempoh tiga hari lagi.
Ketua Pegawai Kesihatan tempatan, Mahbubur Rahman berkata, pihaknya sudah melaksanakan kempen kesedaran vaksin besar-besaran di dalam kawasan kem dengan sukarelawan pergi pintu ke pintu untuk memaklumkan mengenai kepentingan suntikan.
Bangladesh turut dilanda lonjakan kes Covid-19 sejak beberapa bulan lalu serta melaksanakan perintah berkurung termasuk di kem Rohingya.
Negara yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 169 juta orang sudah meragut 23,000 nyawa manusia serta menjangkiti 1.4 juta penduduk.
Sebanyak 98 peratus jangkitan baharu berpunca dari varian Delta yang dikenal pasti kali pertama di India. -AFP









