Pandemik Covid-19 jejaskan 'musim bersunat' di Filipina - Utusan Malaysia

Pandemik Covid-19 jejaskan ‘musim bersunat’ di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SILANG: Sudah lebih setahun, Caspien Gruta diejek oleh rakan-rakannya kerana lambat bersunat susulan beberapa insiden yang tidak diingini termasuk letusan gunung berapi dan pandemik Covid-19.

“Saya bimbang jika saya tidak bersunat sekarang, saya akan dimalukan,” kata kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu.

Filipina merupakan negara yang paling banyak melakukan amalan persunatan yang dianggap sebagai ‘kunci utama ke alam dewasa’.

Biarpun komuniti antarabangsa menyifatkan amalan itu sebagai ‘penderaan kanak-kanak’, perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan di Filipina, malah kebanyakan kanak-kanak lelaki di negara ini tidak sabar untuk bersunat.

Setiap tahun, ribuan kanak-kanak lelaki akan bersunat di klinik kerajaan secara percuma.

Buat pertama kalinya, musim bersunat tidak dapat dilakukan di Filipina pada tahun lalu susulan pandemik Covid-19 yang melanda.

Namun, amalan tersebut diteruskan kembali sejak Mei lalu dan Gruta merupakan antara kanak-kanak lelaki yang tidak melepaskan peluang untuk bersunat secara percuma.

“Saya rasa sudah menjadi lelaki Filipina yang sejati ketika ini, saya bangga dengan apa yang saya lakukan,” katanya.

Kebanyakan amalan bersunat dilakukan di negara Islam, namun menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 90 peratus golongan lelaki di negara ini bersunat bukan disebabkan faktor agama, sebaliknya adat dan tradisi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya