Lebih 100 penunjuk perasaan Thailand didakwa hina raja dalam tempoh setahun - Utusan Malaysia

Lebih 100 penunjuk perasaan Thailand didakwa hina raja dalam tempoh setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Lebih 100 penunjuk perasaan di Thailand didakwa dibawah undang-undang menghina raja atau lebih dikenali sebagai `lese majeste’ sejak Julai tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang peguam yang mewakili aktivis berkenaan dan berdasarkan perhitungan AFP.

Sebuah gerakan dipimpin oleh pemuda yang bermula pada musim panas lalu, menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha.

Setahun selepas tunjuk perasaan itu bermula, seramai 110 penunjuk perasaan didakwa dibawah undang-undang lese majeste kerana peranan mereka dalam gerakan itu.

Gerakan itu antara lain mendesak Prayut meletak jawatan dan menuntut pembaharuan institusi beraja Thailand.

Pemimpin terkemuka Parit Chiwarak atau lebih dikenali sebagai `Penguin’ mempunyai kira-kira 20 tuduhan.

Sekurang-kurangnya lapan penunjuk perasaan lain yang kesemuanya berusia dibawah 18 tahun juga menghadapi tuduhan.

Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tiga hingga 15 tahun bagi setiap pertuduhan.

“Ia adalah undang-undang yang berat. Hukuman (bagi fitnah kerajaan) boleh dibuat tetapi ia hendaklah munasabah,” kata Peguam, Krisadang Nutcharut yang mewakili para penunjuk perasaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya