Lanun Iran: UNSCR digesa ambil tindakan - Utusan Malaysia

Lanun Iran: UNSCR digesa ambil tindakan

LANUN Iran didakwa melakukan beberapa serangan terhadap kapal di perairan Teluk sepanjang dua tahun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR) digesa untuk mengambil tindakan tegas terhadap Iran selepas kumpulan lanun dari negara itu didakwa menyerang dua kapal di Perairan Teluk dalam tempoh kurang daripada seminggu.

Lapor Arab News, Menteri Luar Britain, Dominic Raab berkata, UNSCR perlu bertindak segera terhadap tindakan Iran yang mencabul undang-undang antarabangsa.

Raab mengulas mengenai insiden sekumpulan lelaki bersenjata Iran merampas kapal MV Asphalt Princess di luar perairan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam sebelum kembali semula ke pelabuhan Sohar di utara Oman.

Terdahulu, sebuah rakaman audio kejadian itu mendedahkan seorang kru kapal memberitahu pengawal pantai UAE tentang lima hingga enam warga Iran yang memiliki senjata sudah merampas MV Asphalt Princess.  

“Warga Iran bersenjata berada di dalam kapal. Kami sedang berlayar dan tidak dapat memaklumkan masa ketibaan tepat ke Sohar,” menurut rakaman audio itu.

Data pengesanan satelit MV Asphalt Princess menunjukkan kapal tersebut menuju ke perairan Iran di luar pelabuhan Jask semalam.

Beberapa jam kemudian, MV Asphalt Princess berhenti dan berubah arah ke Oman sebelum Tentera Laut Britain memaklumkan kumpulan individu bersenjata telah meninggalkan kapal itu.     

Sementara itu, syarikat perisikan maritim, Dryad Global menyifatkan rampasan kapal itu merupakan tindakan balas terbaharu Iran terhadap tekanan luar dan konflik ekonomi.

“Iran secara konsisten menyasarkan kapal yang mempunyai kaitan secara langsung dengan pertikaian berterusan dan beroperasi dalam lingkungan ‘grey space’ yang mungkin terlibat dalam perdagangan haram,” katanya.     

Insiden rampasan MV Asphalt Princess berlaku beberapa minggu selepas sebuah kapal tangki minyak yang dikendalikan oleh syarikat milik Israel diserang dron di Oman sehingga mengorbankan dua pengawal keselamatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya