Kapal selam Vladimir the Great paling ‘membinasakan’? - Utusan Malaysia

Kapal selam Vladimir the Great paling ‘membinasakan’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Kapal selam hipersonik nuklear Rusia didakwa mampu menyelam pada kedalaman lebih 500 meter di bawah permukaan air di Lautan Atlantik.

Lapor Mirror, puluhan kapal selam jenis Borei itu didakwa menjalani latihan ‘luar biasa’ di perairan Norway.

Kapal selam itu dipercayai mampu membawa peluru berpandu hipersonik baharu iaitu Zircon 3M22 yang boleh bergerak sejauh 2.7 kilometer per saat.

Menurut sumber, para penganalisis strategi perang tidak dapat mengemukakan tujuan sebenar misi latihan itu dijalankan, namun mereka tidak menolak kemungkinan ia dilakukan untuk ‘menguasai’ Lautan Atlantik secara senyap-senyap.

“Terdapat beberapa laporan mengenai peningkatan aktiviti kapal selam Rusia sejak kebelakangan ini.

“Situasi itu menunjukkan Rusia bersungguh-sungguh ingin menggunakan kekuatan serta pengaruhnya sebanyak mungkin di seluruh dunia, terutamanya di Northern Fleet (Armada Utara) yang dilihat sebagai akses utama untuk memasuki Atlantik,” menurut sumber itu.

 

KEBIMBANGAN

Kebiasaannya, kapal selam Rusia tidak mampu menyelam pada kedalaman melebihi 400 meter kerana pada kedalaman 900 meter, kapal selam boleh meletup.

Pakar ketenteraan, Bruce Jones berkata, peningkatan sistem pertahanan Rusia sejak akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak.

“Antara yang menjadi perhatian dunia termasuk Rusia meningkatkan kehadiran tentera serta peralatan ketenteraannya di sempadan Ukraine pada April lalu.

“Kini, Rusia beralih pula kepada sistem pertahanan di bawah air menggunakan kapal selam dengan teknologi paling canggih,” katanya.

Pada sidang kemuncak G7 pada awal tahun ini, pelbagai pihak menzahirkan kebimbangan mengenai kemungkinan kapal selam peluru berpandu Rusia pernah ‘mengawasi’ kawasan perairan Cornwall di England.

Beberapa laporan menyebut pasukan tentera udara Rusia terlibat dalam ‘operasi mencurigakan’ di sekitar kawasan perairan tersebut.

The Sun sebelum ini melaporkan, sejumlah aset ketenteraan milik Britain yang dianggarkan bernilai 30 juta pound (RM176 juta), termasuk kapal perang HMS Prince of Wales digunakan untuk ‘melindungi’ kawasan perairan tersebut daripada pencerobohan luar.

 

KEUPAYAAN LUAR BIASA

Pada 2019, Rusia mendedahkan kapal selam paling canggih pertamanya yang dikenali sebagai ‘Vladimir the Great’.

Kapal selam itu berkeupayaan melancarkan sekurang-kurangnya 20 peluru berpandu antara benua dan boleh menghancurkan bandar dalam jarak hampir sejauh 9,656 kilometer.

Sehubungan itu, aset ketenteraan tersebut disifatkan sebagai ‘kapal selam paling binasa di dunia’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya