Kanak-kanak lelaki cemas terperangkap dalam mesin basuh - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lelaki cemas terperangkap dalam mesin basuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas dia terperangkap di dalam mesin basuh di rumahnya.

Berdasarkan hantaran yang dibuat dalam Twitter, seorang pengguna dengan nama @babychifuyu yang merupakan kakak mangsa memberitahu dia tidak menyedari adiknya masuk ke dalam mesin basuh tersebut.

Kakak mangsa juga sempat memuat naik video menunjukkan adiknya menangis di dalam mesin terbabit.

“Saya tengah melihat telefon bimbit dan tiba-tiba terdengar suara jeritan adik di tingkat atas rumah.

“Saya dan ibu bergegas naik dan melihat adik sudah terperangkap di dalam mesin basuh,” katanya.

Jelas kakak mangsa, dia tidak mengetahui apa motif adiknya masuk ke dalam mesin basuh berkenaan.

Video itu juga menunjukkan kakak mangsa cuba mengeluarkan adiknya dengan ibu mereka memberikan arahan sambil merakam video.

Video tersebut menjadi tular dalam media sosial dengan kebanyakannya berasa lucu dengan insiden itu.

Ada yang menceritakan mereka juga pernah terperangkap di dalam mesin basuh ketika kecil.

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya