NEW DELHI: India bakal menghantar empat kapal perangnya ke Laut China Selatan dalam pelayaran selama dua bulan bagi menyertai latihan ketenteraan dengan Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Australia.
Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Pertahanan India semalam dan keempat-empat kapal perang itu akan berlepas pada awal bulan ini tanpa memberikan tarikh yang spesifik.
Kapal perang India itu juga bakal menjalani latihan ketenteraan dengan pasukan tentera dari rantau Asia Tenggara iaitu Singapura, Vietnam, Indonesia dan Filipina.
“Inisiatif maritim ini secara tidak langsung mengukuhkan sinergi dan kerjasama antara tentera luat India dan beberapa negara berdasarkan kepentingan bersama dan komitmen pelayaran bebas,” menurut kenyataan kementerian.
Laut China Selatan kini menjadi medan tumpuan latihan ketenteraan oleh beberapa neara sejak kebalakangan ini.
China mengemukakan tuntutan terhadap hampir semua wilayah di Laut China Selatan, selain membangunkan sejumlah infrastruktur di kawasan terlibat sehingga mencetuskan kebimbangan dari negara kuasa besar. – AGENSI










