India diramal dilanda gelombang ketiga Covid-19 bulan ini - Utusan Malaysia

India diramal dilanda gelombang ketiga Covid-19 bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sepasukan penyelidik meramalkan gelombang ketiga Covid-19 akan melanda India bulan ini dengan kes jangkitan harian dalam lingkungan 100,000 hingga 150,000.

Kajian dijalankan oleh Mathukumalli Vidyasagar dan Manindra Agrawal di IIT Hyderabad dan IIT Kanpur yang membangunkan model pengiraan yang meramalkan peningkatan kes wabak semasa gelombang ketiga.

Sebelum ini, penyelidik berjaya meramal dengan tepat gelombang kedua pada April dan Mei lalu yang mengorbankan ribuan nyawa manusia.

India akan menyaksikan penularan jangkitan yang membimbangkan bulan ini dengan gelombang seterusnya memuncak dalam senario kes terbaik kurang daripada 100,00 kes jangkitan sehari atau hampir 150,000 kes paling teruk.

Prof. Vidyasagar berkata, gelombang ketiga dijangka lebih lemah berbanding gelombang kedua yang menyaksikan lebih 400,000 kes sehari.

Pasukan penyelidik itu mencadangkan pihak kerajaan supaya mempercepatkan program pemberian vaksin, menggunakan kaedah pengawasan untuk menangkap titik panas yang muncul serta memperkuat penjujukan genom memandangkan potensi varian baharu yang akan muncul. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya