Gagal rompak bank akibat tulisan cakar ayam - Utusan Malaysia

Gagal rompak bank akibat tulisan cakar ayam

RAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan suspek cuba merompak sebuah bank. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki gagal merompak sebuah bank kerana tulisan tangannya di atas helaian kertas seperti cakar ayam sehingga tidak dapat dibaca oleh juruwang. 

Suspek, Alan Slattery, 67, melakukan percubaan kali kedua selepas rompakan kali pertama berjaya membawa lari AS$3,300 (RM13,983).  

Slattery dihukum penjara selama empat tahun oleh Mahkamah Lewes Crown atas kesalahan cubaan merompak.   

Lelaki yang sudah bersara itu cuba merompak bank di Nationwide Building Society, pada pagi 18 Mac lalu dengan menghulurkan sekeping nota kepada juruwang. 

Namun, dia terpaksa keluar dari bank dalam keadaan hampa selepas juruwang tidak dapat membaca tulisannya.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Slattery menaiki bas selepas itu dan identitinya dikenal pasti selepas berada di dalam pengangkutan awam. 

Polis memberkas Slattery semasa dia berjalan ke rumahnya. 

Pihak berkuasa turut menemukan label mudah melekat yang sama dengan nota yang dilekatkan di bank itu. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya