Empat lagi penduduk Palestin maut ditembak Zionis - Utusan Malaysia

Empat lagi penduduk Palestin maut ditembak Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JENIN: Sekurang-kurangnya empat penduduk Palestin maut hari ini dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Zionis di kem pelarian Jenin di Tebing Barat.

Polis Sempadan Israel memaklumkan, operasi keselamatan di Tebing Barat dilakukan bagi mengesan penduduk Palestin yang didakwa terlibat dalam kegiatan keganasan.

Kementerian Kesihatan Palestin memberitahu, dua daripada empat penduduk yang maut itu dikenali sebagai Raed Abu Saif, 21, dan Saleh Omar, 19.

Manakala, dua lagi jenazah penduduk Palestin ditahan oleh polis Israel.

Pihak berkuasa Israel menjelaskan, pertempuran itu menyaksikan penduduk Palestin melepaskan tembakan dalam jarak dekat ke arah pasukan keselamatannya

“Sebagai tindak balas, polis Israel melepaskan tembakan ke arah mereka dan mengenai empat penduduk Palestin,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN