KABUL: Sekurang-kurangnya dua orang maut selepas kumpulan Taliban melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menyambut hari kemerdekaan Afghanistan di Asadabad sehingga menyebabkan rempuhan.
Beberapa saksi memaklumkan mengenai kejadian itu kepada Al Jazeera.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada mangsa maut akibat rempuhan atau tembakan.
Kumpulan Taliban belum memberi maklum balas berhubung insiden ini.
Di Jalalabad, kumpulan Taliban melepaskan tembakan ke arah penduduk yang mengibarkan bendera Afghanistan ketika sambutan hari kemerdekaan.
Kejadian itu turut menyebabkan seorang lelaki dan seorang remaja mengalami kecederaan.
“Terdapat beberapa tunjuk perasaan dikaitkan dengan bendera dan penduduknya di Kabul.
“Ia termasuk sekumpulan wanita yang mengibarkan bendera lama sambil melaungkan slogan `bendera ini merupakan identiti kita’,” kata wartawan Charlotte Bellis yang melaporkan berita dari Kabul. – AGENSI










