Covid-19: Wuhan saring semua penduduk - Utusan Malaysia

Covid-19: Wuhan saring semua penduduk

ORANG ramai membeli barangan di pasar raya di Wuhan selepas pihak berkuasa memaklumkan bakal melakukan saringan Covid-19 terhadap semua penduduknya. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pihak berkuasa di Wuhan memaklumkan saringan Covid-19 akan dijalankan terhadap semua penduduk selepas bandar ini melaporkan kes jangkitan tempatan pertama dalam tempoh lebih setahun.

Jurucakap Wuhan, Li Tao berkata, ujian saringan itu akan dilakukan dengan pantas bagi mengekang penularan di bandar yang mempunyai 11 juta penduduk. 

Pihak berkuasa Wuhan mengumumkan tujuh jangkitan tempatan direkodkan dalam kalangan pekerja asing di bandar itu sekali gus memecahkan rentetan hampir setahun tanpa kes domestik selepas wabak itu pertama kali dikesan.

Terdahulu, China melaksanakan perintah berkurung terhadap jutaan penduduk di beberapa bandar dengan menyekat perjalanan pengangkutan domestik dan menjalankan ujian saringan secara besar-besaran dalam usaha mengawal penularan wabak tersebut.

China melaporkan sebanyak 61 kes tempatan semalam ketika penularan varian Delta yang pantas merebak di kesan di beberapa bandar raya.

Situasi semakin genting selepas jangkitan dalam kalangan pekerja pembersihan di lapangan terbang di Nanjing mencetuskan rangkaian kluster yang dilaporkan di seluruh negara.

Beberapa bandar utama termasuk Beijing kini melakukan saringan membabitkan jutaan penduduk sambil melaksanakan perintah berkurung di kawasan perumahan dan meletakkan kontak rapat dibawah kuarantin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN