Covid-19: Perintah berkurung separa dilaksanakan di Karachi - Utusan Malaysia

Covid-19: Perintah berkurung separa dilaksanakan di Karachi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARACHI: Pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung separa di wilayah Sindh, selatan Pakistan termasuk di hab komersial Karachi dan beberapa pusat bandar lain.

Langkah itu dilaksanakan di tengah-tengah peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan di Pakistan.

Perintah berkurung separa yang bermula semalam akan dilaksanakan sehingga 8 Ogos ini walaupun dikecam oleh kerajaan pusat dan komuniti perniagaan tempatan.

Jumaat lalu, Ketua Menteri Sindh, Murad Aliu Shah berkata, kes Covid-19 yang meningkat secara mendadak menyebabkan pesakit membanjiri hospital di Karachi.

“Saya tahu orang ramai tidak akan berasa selesa dengan perintah berkurung ini namun ia tidak dapat dielakkan kerana kita harus menurunkan jumlah kes,” katanya dalam sidang akhbar.

Kerajaan Sindh akan menutup hampir semua perniagaan.

Menurut Pejabat Ketua Menteri menerusi kenyataan, waktu operasi farmasi, bakeri, stesen minyak, kedai runcit dihadkan sehingga pukul 6 petang.

Semua pengangkutan antara bandar dihentikan dan bas awam tidak akan beroperasi.

Kereta persendirian dan teksi hanya dibenarkan membawa dua penumpang.

Restoran dibenarkan beroperasi dengan pembelian makanan secara penghantaran sahaja.

“Pembelian makanan secara bawa pulang dan makan di restoran tidak dibenarkan,” jelas kenyataan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.