Covid-19: Perancis gesa doktor, jururawat bantu wilayah Caribbean - Utusan Malaysia

Covid-19: Perancis gesa doktor, jururawat bantu wilayah Caribbean

MENTERI Kesihatan Perancis, Olivier Veran - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Menteri Kesihatan Perancis, Olivier Veran menggesa doktor dan jururawat sukarelawan tampil membantu penduduk di wilayah Guadalupe dan Martinique.

Gesaan itu dibuat ketika ramai pesakit Covid-19 memenuhi hospital di dua kepulauan Caribbean tersebut.

Menurut Veran, kumpulan kakitangan perubatan pertama dari Perancis akan berlepas ke Guadalupe dan Martinique esok.

Berdasarkan laman sesawang COVIDTracker yang memetik data pada 5 Ogos lalu, hanya 21 peratus daripada keseluruhan populasi dua pulau Caribbean itu menerima satu dos suntikan vaksin.

Jumlah itu berbanding dua pertiga daripada penduduk Perancis yang menerima satu dos suntikan vaksin dan 55 peratus diberi vaksin sepenuhnya.

Hospital di sekitar pulau tersebut mengalami tekanan dengan jumlah katil di unit rawatan rapi (ICU) di Martinique sahaja melepasi kapasiti 200 peratus.

Veran menerusi kenyataan dimuat naik di media sosial menyatakan Guadalupe dan Martinique berdepan gelombang jangkitan Covid-19 yang besar sehingga menyerang populasi yang mana mempunyai tahap vaksinasi yang amat rendah. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya