Covid-19: Kanada wajibkan penjawat awam divaksin - Utusan Malaysia

Covid-19: Kanada wajibkan penjawat awam divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTREAL: Kanada mewajibkan semua kakitangan kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Langkah itu dibuat di tengah-tengah lonjakan kes Covid-19 yang disebabkan varian Delta di negara itu.

“Kami tahu vaksin adalah cara terbaik untuk mengakhiri wabak ini.

“Oleh itu, kami berharap semua penjawat awam Persekutuan akan mematuhi syarat wajib ini,” kata seorang menteri yang menguruskan birokrasi Persekutuan, Dominic LeBlanc.

Tarikh akhir bagi mendapatkan vaksinasi bagi kira-kira 300,000 penjawat awam akan diumumkan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Menurut LeBlanc, tindakan mewajibkan vaksinasi itu adalah bagi membantu negara mencapai tahap perlindungan minimum yang diperlukan untuk membuka semula sepenuhnya ekonomi serta melindungi ribuan pekerja.

Setakat semalam, sebanyak 71 peratus daripada 38 juta populasi Kanada sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19 manakala kira-kira 62 peratus mendapat vaksin lengkap. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN