China senarai hitam lagu karaoke jejas kedaulatan negara - Utusan Malaysia

China senarai hitam lagu karaoke jejas kedaulatan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China akan menyenarai hitam lagu-lagu karaoke yang mempunyai kandungan boleh menjejaskan negara.

Berdasarkan peraturan interim yang dikeluarkan oleh Kementerian Budaya dan Pelancongan China, aktviti karaoke sepatutnya tidak membahaykan perpaduan kebangsaan, kedaulatan dan integriti negara, menimbulkan kebencian terhadap etnik, mempromosikan ahajran sesat atau mencabul polisi keagamaan negara.

Peraturan interim itu juga menyebut, lagu-lagu yang dinyanyikan ketika karaoke tidak boleh menggalakkan perjudian, keganasan, aktiviti penyalahgunaan dadah atau jenayah, membawa fitnah serta menghina.

Menurut kementerian itu, peraturan tersebut sebenarnya mempromosikan nilai-nilai sosial dan mengekalkan keselamatan budaya serta ideologi negara.

Semua premis karaoke perlu memastikan dan memantau seleksi lagu yang dipilih.

Cgina mempunyai lebih 500,000 pusat karaoke dan tarian di seluruh negara dengan lebih 100,000 buah lagu.

Peraturan tersebut akan berkuat kuasa bermula 1 Oktober ini.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN