SYDNEY: Negeri kedua paling banyak penduduk di Australia iaitu Victoria merekodkan sebanyak 64 kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga petang semalam.
Negeri New South Wales pula mencatatkan 882 kes jangkitan baharu dengan kebanyakannya dilaporkan di Sydney.
Biarpun sudah mempunyai 48,800 kes jangkitan dengan 991 kematian sejak pandemik berlaku, Australia masih mengekalkan jumlah penularan yang rendah.
Sehingga kini, 32 peratus penduduk berusia atas 16 tahun sudah menerima vaksinasi lengkap, walaupun kadar program imunisasi meningkat sejak beberapa minggu lalu.
Berdasarkan situasi semasa, Australia sepatutnya mencapai kadar 80 peratus penduduk sudah divaksin menjelang pertengahan November ini.
Dalam pada itu, daripada 64 kes baharu yang dilaporkan di Victoria, 36 orang disahkan positif Covid-19 ketika menjalani kuarantin. – REUTERS










