Anak kembar PM Thailand terima surat minta nasihatkan bapa letak jawatan - Utusan Malaysia

Anak kembar PM Thailand terima surat minta nasihatkan bapa letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Anak perempuan kembar Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha menerima surat yang meminta mereka menyampaikan pesanan kepada bapanya supaya meletakkan jawatan segera.

Surat itu dipercayai ditulis dan dihantar oleh sekumpulan bekas rakan universiti Tanya dan Nittha Chan-o-cha.

Lapor The Thaiger, kumpulan itu memaklumkan tidak mudah untuk mereka menulis surat tersebut dan menyerahkannya kepada Tanya serta Nittha.

Hal ini kerana, mereka sudah berkawan selama hampir dua dekad.

Dalam surat tersebut, kebanyakan rakan-rakan pasangan kembar itu memaklumkan mereka berdepan dengan kesukaran selama beberapa tahun lepas akibat pentadbiran Prayuth.

Kumpulan itu pada mulanya enggan menyerahkan surat tersebut kerana mereka menghormati hubungan Nittha dan Tanya dengan bapa mereka.

Namun, situasi Covid-19 yang semakin teruk di Thailand ketika ini memaksa kumpulan tersebut menyerahkan juga surat berkenaan kepada pasangan kembar itu.

“Kami sudah tidak tahan dengan apa yang berlaku ketika ini. Kami terpaksa serahkan surat itu kepada Tanya dan Nittha untuk maklumkan kepada bapa mereka supaya letak jawatan segera.

“Adakan anda akan dengar suara rakan-rakan anda? Suara rakyat yang berdepan kesukaran akibat kaedah pengurusan Covid-19 yang tidak sistematik?,” soal kumpulan itu dalam surat tersebut.

Kumpulan itu memaklumkan, mereka bukan sahaja berdepan dengan masalah pengangguran, mereka juga belum menerima vaksin yang sepatutnya sudah diselesaikan dari awal sebelum keadaan menjadi semakin serius.

“Tiada perlindungan, tiada vaksin, tiada perancangan rapi, apakah yang boleh kami lakukan untuk terus hidup?,” ujar mereka.

Kandungan surat itu diakhiri dengan nasihat ‘dengar dan nilailah dari sudut masyarakat yang pentingkan kemanusiaan’.

Kumpulan itu yakin, suara Tanya dan Nittha memainkan peranan penting kepada Prayuth.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya