Amerika Tuduh China tahan 'maklumat penting' asal usul Covid-19 - Utusan Malaysia

Amerika Tuduh China tahan ‘maklumat penting’ asal usul Covid-19

JOE BIDEN - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menuduh China menahan ‘maklumat penting’ berhubung asal usul Covid-19.

Beliau berkata demikian selepas risikan merumuskan Covid-19 bukan virus yang dibangunkan sebagai senjata biologi, namun masih berbeza pendapat sama ada virus itu terlepas daripada sebuah makmal.

AS bagaimanapun tidak percaya pegawai China mempunyai pengetahuan awal mengenai virus tersebut sebelum pandemik berkenaan tercetus dan kini meragut lebih 4.5 juta nyawa.

“Maklumat penting mengenai asal usul pandemik ini ada di China. Namun dari awal lagi, pegawai pemerintah di China berusaha menghalang penyiasat antarabangsa dan anggota masyarakat kesihatan awam global daripada mengaksesnya.

“Hingga ke hari ini, China masih terus menahan maklumat dan menolak desakan untuk telus, meskipun jumlah kematian akibat pandemik ini terus meningkat,” kata Presiden dalam satu kenyataan.

Biden menegaskan, AS bersama sekutunya akan terus memberi tekanan ke atas Beijing supaya berkongsi lebih banyak maklumat serta bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN