Akibat kekurangan pemandu trak, tentera bantu edar stok ke pasar raya - Utusan Malaysia

Akibat kekurangan pemandu trak, tentera bantu edar stok ke pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pasukan tentera Britain diletakkan dalam keadaan siap siaga untuk menghantar bekalan barangan ke pasar raya ketika negara ini berdepan dengan masalah kekurangan pemandu trak.

Lapor Metro, dianggarkan kekurangan itu mencecah 100,000 pemandu trak di seluruh negara.

Kira-kira 2,000 anggota tentera dijangka dikerahkan untuk mengedarkan barangan termasuk keperluan asas dan ubat-ubatan ke semua pasar raya dalam tempoh lima hari.

Krisis itu berlaku susulan situasi ‘pingdemic’ yang menyaksikan ribuan pemandu trak terpaksa menjalani kuarantin kendiri menerusi aplikasi kesihatan NSH.

Kuarantin itu dijalankan selepas mereka dikesan mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Keadaan itu juga menyaksikan banyak rak kosong di hampir semua pasar raya Britain, sekali gus menyebabkan pembeli sukar mendapatkan bekalan keperluan, termasuk makanan.

Selain itu, anggota tentera yang terlibat juga akan menghantar bekalan barangan ke hotel yang terjejas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya