30 maut, 60 cedera dalam serangan Houthi di Yaman - Utusan Malaysia

30 maut, 60 cedera dalam serangan Houthi di Yaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HODEIDAH: Sekurang-kurangnya 30 tentera terbunuh dan 60 lagi cedera dalam serangan kumpulan pemberontak Houthi yang menyasarkan sebuah pangkalan udara milik tentera gabungan yang diketuai Arab Saudi.

Lapor Al Jazeera, seorang jurucakap pasukan selatan Yaman mengesahkan perkara tersebut.

Menurut Mohamed al-Naqeeb, serangan di pangkalan tentera al-Anad yang terletak di wilayah selatan Lahij telah dilakukan menggunakan dron bersenjata dan peluru berpandu balistik.

Pihak berkuasa berkata, peluru berpandu balistik dilancarkan di kawasan latihan pangkalan yang mana puluhan tentera sedang melakukan senaman.

Jelas al-Naqeeb, angka kematian mungkin meningkat kerana pasukan penyelamat masih sedang mencari mangsa di lokasi kejadian.

Pasukan paramedik menggambarkan keadaan huru-hara di pangkalan itu berikutan letupan tersebut.

Penduduk yang tinggal berhampiran memaklumkan beberapa letupan kuat kedengaran di kawasan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN