29 orang dihukum sapu jalan gagal pakai pelitup muka - Utusan Malaysia

29 orang dihukum sapu jalan gagal pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Akibat gagal memakai pelitup muka semasa keluar rumah, seramai 29 penduduk di daerah Cengkareng Barat dihukum membersihkan jalan menerusi Operasi Tertib Pelitup Muka di Jalan Taman Palm Lestari.

Ketua Satpol PP daerah itu, Asromadiyan berkata, operasi itu bertujuan menerapkan disiplin dalam kalangan penduduk mengenai protokol kesihatan bagi mencegah Covid-19, lapor Suara.com.

Katanya, hukuman asal dikenakan terhadap 31 orang, namun, hanya 29 memilih hukuman khidmat sosial itu, manakala selebihnya lebih rela didenda.

Oleh itu, Asromadiyan berharap orang ramai mengambil berat pemakaian pelitup muka ketika menjalankan sebarang aktiviti ketika musim pandemik.

Sebelum ini, pihak Satpol PP Jakarta Barat menerima wang denda sebanyak 16.8 juta rupiah (RM4,800) daripada pasukan penguat kuasa hasil operasi mencegah pengabaian protokol kesihatan bagi tempoh 26 Julai hingga 9 Ogos lalu.

Kesalahan itu melibatkan tidak memakai pelitup muka dan berhimpun di khalayak ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya