Wanita maut ketika `bungee jump' - Utusan Malaysia

Wanita maut ketika `bungee jump’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita dilaporkan maut semasa aktiviti `bungee jump’ selepas mengikut isyarat yang salah ketika melakukan terjunan.

Lapor The Sun, Yecenia Morales Gomez secara tidak sengaja terjun dari ketinggian 160 kaki atau 48.76 meter dan meninggal dunia dalam satu kejadian yang berlaku di wilayah Antioquia, Colombia.

Gomez yang juga merupakan seorang peguam melakukan aktiviti ekstrem itu bersama teman lelakinya pada Ahad lalu.

Rakaman video menunjukkan seorang pengajar sebenarnya sedang memberi isyarat kepada teman lelaki Gomez untuk membuat terjunan tersebut.

Namun, Gomez menganggap isyarat diberikan itu adalah untuk dirinya lalu melakukan terjunan sebelum menyedari tali keselamatan belum dipasang.

Beberapa media tempatan melaporkan teman lelakinya cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada Gomez namun sudah terlambat.

Pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian mengisytiharkan Gomez meninggal dunia.

Datuk Bandar Fredonia, Gustavo Guzman berkata, wanita itu keliru dengan isyarat yang dinyatakan oleh pengajar.

“Gomez keliru, isyarat diberikan itu adalah untuk teman lelakinya yang sudah mengenakan tali keselamatan dan bukannya untuk wanita tersebut,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN