Varian Delta halang rancangan dunia 'kembali normal' - Utusan Malaysia

Varian Delta halang rancangan dunia ‘kembali normal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Perancangan kerajaan kebanyakan negara di seluruh dunia untuk ‘kembali kepada keadaan normal’ mungkin tidak akan tercapai dalam tempoh beberapa tahun akan datang susulan kemunculan pelbagai varian Covid-19.

Setakat ii, varian Delta ‘mengungguli carta’ varian Covid-19 paling berbahaya, menyaksikan hampir satu dunia lumpuh akibat penularannya.

Kesatuan Etopah (EU) semalam memaklumkan pihaknya sudah memberikan jumlah suntikan vaksin Covid-19 yang mencukupi, iaitu hampir 70 peratus daripada populasi blok tersebut.

“Menjelang hari ini, kira-kira 500 juta dos akan diberi kepada penduduk di semua negara Eropah,” kata Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.

Namun, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah, peratus penduduk Eropah berusia 18 tahun ke atas yang sudah menerima dos lengkap vaksin Covid-19 hanya sebanyak 44.1 peratus.

Di Korea Selatan, program vaksinasi juga berjalan perlahan apabila hanya 11 peratus daripada 52 juta populasinya yang sudah menerima vaksin lengkap.

Keadaan serupa berlaku di Pakistan apabila kurang dari lapan peratus penduduk sudah menerima vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, Rusia mengumumkan kes jangkitan koronavirus terus meningkat dan jumlah keseluruhan kini lebih 5.7 juta kes dengan 142,253 kematian.

Sementara itu di Indonesia, puluhan petugas perubatan yang sudah menerima vaksin lengkap dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Situasi itu menyebabkan kerajaan negara tersebut dalam perancangan untuk pemberian dos ketiga bagi meningkatkan tahap imunisasi petugas perubatan menggunakan vaksin keluaran Moderna. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya