Tidak boleh tengok wayang jika belum divaksin di Perancis - Utusan Malaysia

Tidak boleh tengok wayang jika belum divaksin di Perancis

PENDUDUK Perancis yang ingin masuk ke panggung wayang perlu menunjukkan bukti vaksin atau keputusan ujian Covid-19 negatif. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Mana-mana penduduk di Perancis yang ingin menonton wayang atau menaiki tren perlu menunjukkan bukti mereka sudah menerima suntikan vaksin atau keputusan ujian Covid-19 yang negatif.

Langkah terbaharu itu diumumkan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron semalam ketika negara ini merekodkan peningkatan kes jangkitan koronavirus.

Katanya, petugas perubatan juga akan diwajibkan menerima dua suntikan vaksin dan tumpuan kerajaan ketika ini adalah untuk menekankan sekatan terhadap penduduk yang belum divaksin.

“Kita perlu memberi suntikan vaksin kepada semua penduduk Perancis kerana dengan cara itu sahaja kita boleh kembali kepada kehidupan yang dirindui sebelum ini,” katanya ketika berucap yang disiarkan secara langsung siaran televisyen.

Jelas Macron, penduduk yang belum divaksin bakal berdepan dengan sekatan ketat, terutamanya untuk memasuki premis perniagaan dan pengangkutan awam termasuk penerbangan.

Menteri Kesihatan Perancis, Olivier Veran berkata, petugas perubatan yang enggan divaksin menjelang 15 September ini tidak akan dibenarkan bekerja dan dibayar gaji.

“Menjelang 15 September, semua petugas perubatan di seluruh negara perlu menerima vaksin lengkap,” tegasnya.

Perancis menjadi antara negara Eropah pertama yang mewajibkan semua petugas perubatannya mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Secara purata, Perancis memberi lebih 400,000 suntikan vaksin dos pertama setiap hari kepada penduduk, namun jumlah itu berkurangan kepada 165,000 suntikan ketika ini.

Kira-kira 53.1 peratus penduduk negara ini sudah menerima dos pertama dan 40.6 peratus menerima vaksinasi lengkap, namun kadar itu belum mencukupi untuk menghentikan penularan varian Delta. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya