Thailand campur vaksin Sinovac, AstraZeneca tingkatkan sistem imunisasi - Utusan Malaysia

Thailand campur vaksin Sinovac, AstraZeneca tingkatkan sistem imunisasi

PENDUDUK menerima suntikan vaksin Covid-19 di luar perkarangan Hospital Narathiwat di Thailand. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand akan menukar polisi program vaksinasi di negara ini iaitu dengan mencampurkan vaksin Sinovac dengan AstraZeneca bagi meningkatkan sistem imunisasi penerima.

Keputusan itu dibuat selepas 681 petugas perubatan di negara ini dijangkiti Covid-19 biarpun sudah menerima dua dos suntikan vaksin Sinovac.

Daripada jumlah jangkitan itu, seorang jururawat maut dan seorang lagi kritikal.

Suruhanjaya Penyakit Berjangkitan Kebangsaan Thailand hari ini menyatakan, penduduk akan menerima suntikan dos pertama menggunakan vaksin AstraZeneca dan doa kedua menggunakan vaksin Sinovac.

Vaksin AstraZeneca menjadi satu-satunya bekalan vaksin selain Sinovac yang ada di Thailand ketika ini.

Vaksin keluaran Pfizer pula dijangka tiba di negara ini dalam tempoh terdekat selepas disumbangkan oleh Amerika Syarikat (AS).

Thailand ketika ini bergelut dengan gelombang Covid-19 baharu dengan sebanyak 9,418 kes jangkitan baharu direkodkan semalam.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya