Polis, tentera kawal perintah berkurung di Bangladesh - Utusan Malaysia

Polis, tentera kawal perintah berkurung di Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Pasukan tentera dan polis berkawal di sekitar jalan utama di bandar ini selepas perintah berkurung dilaksanakan selama seminggu sejak Isnin lalu.

Ketua Polis Dhaka, Shafiqul Islam berkata, mana-mana penduduk yang keluar dari rumah tanpa sebarang urusan kecemasan akan didenda dan bakal berdepan dengan tangkapa jika masih ingkar.

“Sekiranya kita perlu memfailkan 5,000 kes dan tangkapan sehari, kami akan buat asalkan penduduk patuh dengan perintah berkurung ini,” katanya.

Pengumuman perintah berkurung pada minggu lepas menyaksikan ratusan ribu penduduk memenuhi terminal bas dan feri untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Dalam pada itu, jurucakap jabatan kesihatan Bangaldesh, Robed Amin berkata, semua pihak berharap perintah berkurung ini berjaya mengekang penularan kes jangkitan.

Namun, tidak semua pihak bersetuju dengan langkah kerajaan, terutamanya golongan miskin yang bergantung kepada perniagaan dan pertanian semata-mata.

Perintah berkurung menyaksikan semua penduduk diarahkan duduk dalam rumah dan hanya boleh keluar jika terdapat urusan kecemasan.

Bangladesh merekodkan hampir 900,000 kes jangkitan dengan lebih 145,000 kematian akibat Covid-19. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya