Pintu sempadan Thailand mungkin tidak dibuka tengah Oktober ini - Utusan Malaysia

Pintu sempadan Thailand mungkin tidak dibuka tengah Oktober ini

THAILAND menyasarkan buka pintu sempadan kepada pelancong asing pada pertengahan Oktober ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Harapan Thailand untuk membuka semula pintu sempadan kepada pelancong asing dalam tempoh 120 hari dilihat mungkin tidak kesampaian apabila jumlah kes jangkitan Covid-19 terus meningkat di negara ini.

Sebanyak 7,000 kes jangkitan baharu dengan 75 kematian direkodkan semalam.

Thailand pada tahun lalu dilihat sebagai antara negara yang berjaya mengawal penularan Covid-19 dengan merekodkan kes yang sedikit.

Namun, peningkatan kes jangkitan yang disebabkan oleh varian Delta menjadi batu halangan untuk negara ini ‘memeriahkan’ semula sektor pelancongannya.

Situasi itu juga menyebabkan sistem perubatan di negara ini terpaksa bekerja keras, dengan semakin banyak hospital mengalami kekurangan katil untuk pesakit.

 

Hanya tinggal harapan

Pada awal bulan lalu, Perdana Menteri Prayut Chan-o-Cha menyasarkan 120 hari untuk negara ini membuka semula pintu sempadan kepada pelancong luar, selain semua perniagaan kembali normal.

Kata beliau, Thailand tidak sabar menunggu ketibaan ‘hari itu’.

Pada mulanya, sasaran Prayuth dilihat  berkembang baik apabila Phuket mula dibuka kepada pelancong asing pada minggu lalu dengan mereka yang sudah lengkap vaksin Covid-19 tidak perlu menjalani kuarantin.

Namun, kegembiraan itu tidak lama apabila kes import Covid-19 pertama direkodkan di pulau peranginan itu kelmarin.

 

Perintah berkurung

Golongan pakar berpendapat, satu-satunya jalan keluar daripada kemelut ini adalah menerusi perintah berkurung.

Pengarah Unit Kajian di National Centre for Genetic Engineering and Biotechnology, Dr. Anan Jongkaewwattana memberitahu kepada Bloomberg, sekatan ketat tidak mencukupi berbanding perintah berkurung secara keseluruhan.

“Jika situasi ini berterusan, tidak mustahil keadaan di Thailand boleh menjadi lebih buruk dari Indonesia berdasarkan kes per kapita,” katanya.

 

Vaksinasi perlahan

Bekalan vaksin yang terhad menjadikan program imunisasi di Thailand tidak dapat mencapai sasarannya.

Kira-kira 15 peratus populasi sudah menerima satu dos vaksin Covid-19 dengan 4.3 peratus sudah terima vaksin lengkap. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya