Menteri Kesihatan Britain dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Menteri Kesihatan Britain dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid memaklumkan beliau dijangkiti Covid-19, namun gejalanya ringan dan sudah pun menerima dua dos vaksin koronavirus.

Javid yang baru dilantik sebagai Menteri Kesihatan Britain selama tiga minggu menyokong penuh pelan Perdana Menteri, Boris Johnson untuk melonggarkan semua sekatan Covid-19 pada 19 Julai ini.

“Pada pagi ini, saya disahkan positif Covid-19.

“Saya kini menunggu keputusan ujian PCR untuk pengesahan lanjut dan saya bersyukur kerana sudah melengkap dua dos vaksin,” katanya dalam Twitter.

Javid memaklumkan beliau menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca pada 17 Mac lalu dan dos kesua pada 16 Mei lepas.

Britain ketika ini bergelut dengan gelombang baharu jangkitan Covid-19.

Namun, Javid dan Johnson memberi jaminan bahawa program vaksinasi yang dilakukan ketika ini sudah ‘berjaya’ kurangkan kes jangkitan serta kematian akibat Covid-19. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya