Lapan militan terbunuh di Afghanistan - Utusan Malaysia

Lapan militan terbunuh di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Sebanyak lapan militan terbunuh di pinggir bandar Kandahar, Afghanistan ketika pertempuran berlaku di negara itu.

Lapor Xinhua, Kementerian Pertahanan negara itu menerusi kenyataan mengesahkan perkara tersebut.

Jelasnya, lapan Taliban militan terbunuh dalam operasi dijalankan oleh Pasukan Keselamatan Pertahanan Kebangsaan Afghanistan (ANDSF) dengan bantuan Tentera Udara Afghanistan (AAF) di kawasan luar bandar pusat wilayah Kandahar, semalam.

Menurut kenyataan itu, sebuah kenderaan milik militan, beberapa senjata dan peluru berjaya dimusnahkan.

Selain itu, komando Tentera Nasional Afghanistan yang merupakan sebahagian daripada ANDSF melakukan operasi serbuan di bandar Pul-e-Alam, ibu kota wilayah Logar pada waktu malam.

Jelasnya, sebanyak empat militan Taliban ditahan dalam operasi tersebut.

Keganasan semakin memuncak sejak tentera Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mula meninggalkan Afghnaistan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN