Jemaah haji selesa dapat katil mudah alih - Utusan Malaysia

Jemaah haji selesa dapat katil mudah alih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Memastikan jemaah haji berada dalam keadaan selesa dan terjaga sudah menjadi keutamaan kepada pihak berkuasa Arab Saudi.

Setiap tahun, Kementerian Haji dan Umrah bekerjasama dengan syarikat yang menguruskan perjalanan haji bagi merancang serta memperkenalkan langkah yang boleh membantu memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji.

Antara perkhidmatan yang diperkenalkan beberapa tahun lalu adalah pilihan menyediakan katil mudah alih bagi kegunaan semasa beberapa peringkat haji termasuk bermalam di Muzdalifa.

Kebiasaannya, hanya sebilangan kecil daripada jutaan jemaah haji yang mempunyai katil mudah alih itu sendiri.

Majoriti jemaah haji hanya berehat atau tidur di atas lantai mengikut keselesaan masing-masing.

Namun, berbeza tahun ini dengan bilangan jemaah yang dihadkan kepada 60,000 orang, setiap seorang daripada mereka dibekalkan dengan satu katil secara percuma.

Ramai yang tidak mengetahui tentang pilihan katil tersebut dan ada yang merasainya buat kali pertama dengan berkongsikan video dan gambar dalam media sosial.

Jemaah ekspatriat dari Jordan yang tinggal di Jeddah, Asaad Alesa berkata, dia sangat terkejut dengan katil mudah alih dan selimut yang disediakan bersama makan malam.

“Perkara itu sangat memberi keselesaan disebabkan kami berdiri lama sepanjang hari di Mina.

“Saya rasa bertuah menjadi dalam kalangan jemaah yang terpilih tahun ini dan bersyukur dengan perkhidmatan yang sangat cemerlang oleh Arab Saudi,” katanya.

Ketua Kumpulan Haji di Muzdalifa, Badi Alshareef berkata, katil mudah alih itu sudah disediakan lebih 20 tahun dan memberikan keselesaan kepada jemaah serta disediakan di tiga tempat suci.

“Katil ini mudah dilipat dan mudah dialihkan, tidak memerlukan ruang yang besar untuk menyimpannya.

“Harganya juga sangat berpatutan dan jemaah haji kebiasaannya menjadikan ia sebagai kerusi semasa waktu siang dan menggunakannya sebagai katil,” jelasnya. -ARABNEWS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN