fbpx

Jemaah haji melontar di tiga jamrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINA: Jemaah haji melakukan rukun melontar di tiga jamrah semalam iaitu pada hari pertama Tasyrik dan hari keempat ibadah haji.

Lapor Saudi Gazette, semua jemaah yang lengkap memakai pelitup muka bergerak secara berkumpulan sambil menjaga penjarakan fizikal.

Setibanya di jamrah, jemaah melaungkan Allahukabar (Allah Maha Besar) sambil melontar batu pertama di Jamrah al-Sugra (tiang kecil), kemudian di Jamrah al-Wusta (tiang sederhana) dan yang terakhir di Jamrah al-Aqaba (tiang paling besar) masing-masing sebanyak tujuh kali.

Para jemaah turut berdoa selepas melontar di dua tiang pertama dan berhenti segera selepas melontar di jamrah ketiga, mengikut tradisi Nabi Muhammad SAW.

Melontar di jamrah adalah rukun haji yang berulang. Jemaah melakukan ibadah melontar di satu Jamrah (Jamrah Al-Aqaba) pada hari pertama melontar, iaitu 10 Zulhijjah.

Dalam dua atau tiga hari berikutnya, mereka melontar tujuh batu di ketiga-tiga tiang jamrah.


Struktur Kompleks Jamrah lima tingkat di sekitar tiga tapak melontar membolehkan pergerakan jemaah yang lancar.

POPULAR

KOSMO! TERKINI