Israel rampas akaun mata wang kripto milik Hamas - Utusan Malaysia

Israel rampas akaun mata wang kripto milik Hamas

BENNY GANTZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel semalam memaklumkan pihaknya akan mula merampas akaun mata wang kripto yang digunakan oleh pergerakan Hamas untuk meraih dana bagi membiayai operasinya.

Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz mengarahkan pasukan keselamatan merampas kesemua akaun yang dimiliki Hamas.

Arahan itu dikeluarkan selepas satu operasi menemukan ‘laman web duit elektronik’ yang digunakan pergerakan itu untuk merain duit menggunakan bitcoin dan beberapa mata wang kripto yang lain.

Zionis turut mendakwa Hamas menggunakan kesemua akaun tersebut untuk mendapatkan wang bagi melancarkan serangan selama 11 hari terhadap Israel, baru-baru ini.

“Dengan menggunakan teknologi dan kepakaran kami, Israel dapat mengesan akaun mata wang kripto yang digunakan oleh Hamas,” kata Gantz.

Pada tahun lalu, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) memaklumkan pihaknya merampas jutaan dolar mata wang kripto milik beberapa kumpulan militan, termasuk al-Qaeda dan Daesh. – AP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.