Hina, fitnah kerajaan tangani Covid-19: 25 selebriti disiasat - Utusan Malaysia

Hina, fitnah kerajaan tangani Covid-19: 25 selebriti disiasat

KERAJAAN Thailand pimpinan Prayut Chan-o-cha diktirik gagal menangani Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Lebih 25 selebriti dan pempengaruh (influencer) disiasat atas dakwaan mengeluarkan kata-kata jelik, penghinaan dan fitnah terhadap usaha kerajaan menangani Covid-19.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Pesuruhjaya Polis Metropolitan, Piya Tawichai.

Bangkok Post melaporkan, polis mengumpulkan bukti terhadap golongan tersebut termasuk penyanyi dan bintang televisyen.

Menurut Tawichai, kebebasan bersuara adalah asas hak asasi manusia tetapi mereka perlu mengeluarkan pendapat dalam kerangka undang-undang.

Polis Nang Loeng minggu ini mendenda penyanyi rap, Danupa Khanatheerakul, 2,000 baht kerana mengkritik pemerintah di akaun media sosialnya.

Dua lagi influencer yang menghadapi tuduhan serupa adalah pengarah filem terkenal, Yutthalert Sippaphak dan Miss Grand Thailand 2020, Patcharporn Chantharapradit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN