Covid-19: Penduduk Myanmar terdesak dapatkan bekalan oksigen - Utusan Malaysia

Covid-19: Penduduk Myanmar terdesak dapatkan bekalan oksigen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Penduduk di sekitar bandar utama Myanmar sanggup melanggar perintah sekatan ketenteraan berikutan terdesak untuk mencari dan mendapatkan bekalan oksigen bagi membantu keluarga mereka mengharungi jangkitan Covid-19.

Peningkatan kes jangkitan Covid-19 memberi tamparan baharu kepada negara ini yang sudah pun bergolak sejak Februari lalu susulan rampasan kuasa oleh junta tentera.

Beratus-ratus penduduk beratur di sejumlah premis yang menyediakan bekalan oksigen untuk dibawa pulang bagi kegunaan keluarga mereka.

Ada yang sanggup bawa kerusi untuk duduk sambil beratur memandangkan barisan yang terlalu panjang.

Namun, bukan semua bernasib baik dapat membekalkan oksigen kepada keluarga mereka yang dijangkiti koronavirus.

“Sudah tiga hari kakak saya dijangkiti Covid-19 dan sehingga semalam, dia mengalami kesukaran untuk bernafas.

“Ketika saya beratur untuk dapatkan oksigen, anak buah menghubungi saya memberitahu kakak saya sudah meninggal dunia,” katanya.

Pihak berkuasa Myanmar merekodkan sebanyak 7,000 kes baharu semalam, berbanding hanya 500 pada awal mei lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya