Bekalan vaksin Covid-19 di Thailand tidak cukup, rakyat marah kerajaan - Utusan Malaysia

Bekalan vaksin Covid-19 di Thailand tidak cukup, rakyat marah kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand pada awalnya menjadi antara negara yang disifatkan ‘bijak mengurus’ pandemik Covid-19 apabila kes jangkitan di negara ini tidak setinggi negara lain.

Namun, keadaan itu berubah pada awal tahun ini apabila sedikit demi sedikit kes jangkitan mula meningkat dan akhirnya kini menjadi kebimbangan pelbagai pihak.

Ketika kes jangkitan dan jumlah kematian akibat Covid-19 terus meningkat, kemarahan rakyat turut memuncak terhadap kerajaan yang disifatkan ‘terlalu leka dan selesa’ dengan kononnya pandemik koronavirus di negara masih terkawal.

Selain itu, masalah program vaksinasi yang kini berdepan dengan bekalan dos tidak mencukupi dan jadual penghantaran yang tidak menentu turut menambah ‘duka’ di Thailand.

Pengkritik sosial dan penulis, Sarinee Achavanuntakul berkata, kebergantungan Thailand terhadap dua jenis vaksin sahaja iaitu AstraZeneca dan Sinovac menyebabkan masalah itu timbul, selain mempersoalkan kenapa negara ini tidak menyertai program perkongsian vaksin, COVAX.

“Thailand kini hadapi masalah yang sama dengan negara lain akibat Covid-19, bukannya masalah lain dan kenapa tidak belajar dari semua itu? Kenapa tidak ambil langkah yang sewajarnya?,” soalnya.

Dalam pada itu, banyak temu janji vaksin ditangguh susulan bekalan tidak mencukupi dan perkara itu meresahkan rakyat negara ini.

Onamon Chairpramote berkata, dia dimaklumkan bekalan vaksin tiada dan tidak tahu bila stok baharu akan dihantar.

“Ini semua sia-sia. Pihak berkuasa juga tidak maklumkan kepada kami bila bekalan vaksin akan tiba, sedangkan kes jangkitan terus meningkat,” katanya.

Pada minggu lalu, Pengarah Institut Vaksin Kebangsaan, Nakorn Premsri membuat permohonan maaf terbuka kerana gagal membekalkan dos vaksin yang mencukupi utk rakyat negara ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya